Kidsaurus Therapy · Selayang & Melawati011-5654 4849

Kisah Pengasas

Bermula dari naluri seorang ibu.

Puan Maryam Jamadi ialah Pengasas dan Pengarah Klinikal Kidsaurus Therapy serta Terapis Cara Kerja Pediatrik.

Puan Maryam Jamadi, pengasas dan terapis cara kerja pediatrik Kidsaurus Therapy

Seorang ibu yang mencari jalan lebih baik

Pada 2016, selepas kelahiran anak sulungnya, Maryam berdepan cabaran membesarkan bayi yang memerlukan perhatian tinggi. Beliau berhenti kerja dan mula menulis tentang keibubapaan serta terapi di rumah. Tulisannya tular dan diterbitkan oleh Pa&Ma, Mingguan Wanita dan SirapLimau.

Daripada satu bilik kepada dua cawangan

Ibu bapa lain mula meminta bantuan. Pada awal 2017, beliau membuka BEYOND Home Therapy di sebuah bilik kecil di rumah. Ketika ramai keluarga menunggu tiga hingga enam bulan untuk terapi hospital kerajaan, setiap bulan amat bermakna. Kepercayaan komuniti ibu bapa membina Kidsaurus hingga hari ini.

Latar belakang profesional

  • Ijazah Sarjana Muda Terapi Cara Kerja (Kepujian), UiTM
  • Sarjana Terapi Cara Kerja (Developmental Disabilities), UiTM
  • Berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta sejak 2014
  • Pengasas dan Pengarah Klinikal Kidsaurus Therapy

Misi beliau

Setiap sesi terapi membawa misi besar: memastikan tiada anak tertinggal dalam perkembangan hanya kerana kurangnya akses kepada terapi awal.

Langkah seterusnya

Hubungi pasukan Kidsaurus.

WhatsAppChat dengan Kami